Berita & Pengumuman
Galeria Sri Perdana

Galeria Sri Perdana telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 pada 20 Disember 2003. Galeria ini pada asalnya dikenali sebagai Sri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta keluarga dari tahun 1983 sehinggalah beliau berpindah ke Putrajaya pada tahun 1999. Galeria ini diwujudkan bagi memperingati dan mengenang jasa Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai "Bapa Pemodenan" dan juga Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak berjasa kepada negara selama 22 tahun.
Galeria Sri Perdana menampilkan konsep residensi iaitu sebahagian besar ruang-ruang penting telah dikekalkan, manakala yang lainnya diubah suai menjadi ruang pameran. Bersesuaian dengan konsep residensi, sebahagian besar struktur bangunan dan hiasan dalaman dikekalkan sebagaimana asal. Pengunjung yang datang ke sini akan dapat melihat sendiri kediaman rasmi seorang pemimpin tertinggi negara. Ia bertujuan mendekatkan lagi hubungan rakyat dengan pemimpin secara amnya dan memudahkan pelawat mengenali Tun Dr. Mahathir dan isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah secara peribadi. Selain itu, pengunjung dapat melihat dan menghayati jasa, sumbangan dan perjuangan beliau dan keluarga menerusi bahan-bahan yang dipamerkan.

Ruang Tamu Utama

Ruang Jamuan Rasmi

Ruang Tamu Kedua

Dapur Keluarga
WAKTU LAWATAN
Hari | Masa |
---|---|
Selasa - Khamis | 9.00 pagi - 5.00 petang |
Jumaat | 9.00 pagi - 12.00 tengahari 3.00 petang - 5.00 petang |
Sabtu & Ahad | 9.00 pagi - 5.00 petang |
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah) | Tutup |
Masuk adalah PERCUMA | |
(Bekas Kediaman Rasmi Perdana Menteri ke-4) Jalan Terengganu, Off Jalan Damansara KUALA LUMPUR. | |
No. Tel : 03-20720033 No. Faks : 03-20722664 |