splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

Kompleks Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohammad

Image
Pada 20 Disember 1925, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan. Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir.

Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.

Projek membaikpulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini adalah atas cadangan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan saudara-maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan. Rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus.
Pameran terbahagi kepada dua bahagian :
  1. Bahagian Dalam
  2. Bahagian Luar
Image

WAKTU LAWATAN

Hari
Masa
Selasa - Khamis
9.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat
9.00 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 5.00 petang
Sabtu & Ahad
9.00 pagi - 5.00 petang
Isnin
(kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah)
Tutup
Masuk adalah PERCUMA
No. 18, Lorong Kilang Ais,
Persiaran Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar,
KEDAH DARUL AMAN.
No. Tel : 04-7722319 / 04-7722301
Image