splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

Memorial Tun Abdul Ghafar Baba

Image
Memorial Tun Abdul Ghafar Baba telah dibuka secara rasminya oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob pada 28 Februari 2006. Memorial ini dibangunkan sebagai memperingati jasa Tun Abdul Ghafar sebagai pemimpin yang amat dihormati, disegani dan disanjungi oleh rakyat negara ini terutama jasa-jasa beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri. Memorial yang terletak di Lot 163, Persiaran Tun Abdul Ghafar Baba, Peringgit, Melaka ini merupakan rumah asal Tun Abdul Ghafar semasa beliau menetap di Melaka dan dibina pada tahun 1956. Rumah ini yang diperbuat daripada papan dan batu berkonsepkan rumah kampung kemudiannya telah diubah suai oleh beliau apabila dilantik menjadi menjadi Ketua Menteri Melaka (1959 – 1967). Tujuan pengubahsuaian ini adalah bagi menampung kunjungan tetamu.

Ruang pameran di memorial ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian bawah yang mempamerkan barang-barang peribadi beliau semasa dalam Kerajaan iaitu selaku Ketua Menteri, Menteri Kabinet dan Timbalan Perdana Menteri serta wakil rakyat. Terdapat juga ruang tamu dan bilik tidur utama yang dalam keadaan susunan asal. Di bahagian atas pula terdapat dua bilik tidur, ruang tamu manakala bahagian dapur lengkap dengan perkakasan lama yang asal. Bahan-bahan lain yang dipamerkan terdiri daripada ucapan-ucapan, gambar, buku-buku, video, kaset dan pita rakaman.

Melawat ke memorial ini akan dapat membawa kita turut merasai suasana kehidupan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang serba sederhana tetapi mempunyai semangat juang yang tinggi terutama dalam memartabatkan kedudukan bangsa Melayu tanpa melupakan kedudukan bangsa lain yang ada di negara ini. "Saya tidak ada kelulusan tinggi, cuma ada semangat. Tapi saya ingin terus berjuang berlandaskan semangat itu" inilah ungkapan beliau yang mungkin meresap ke jiwa kita apabila berkunjung ke memorial ini.

Image
Televisyen kesayangan Tun Ghafar Baba
Image
Televisyen kesayangan Tun Ghafar Baba
Image
Televisyen kesayangan Tun Ghafar Baba
Image
Televisyen kesayangan Tun Ghafar Baba
Image