splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

Memorial Tun Hussein Onn

Image
Memorial Tun Hussein Onn (MTHO) yang dirasmikan pada 10 Februari 2006 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi sebahagian warisan negara dan pelengkap kepada koleksi khazanah untuk memperingati dan mengenang jasa Allahyarham Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3. Objektif memorial ini adalah untuk menyimpan, memelihara, mempamer dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan tokoh yang lebih dikenali sebagai Bapa Perpaduan.

Pada awalnya, MTHO ditempatkan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri yang telah diserahkan kepada Arkib Negara Malaysia berikutan berpindahnya Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ke Putrajaya. Namun begitu, pada tahun 2014, MTHO telah ditutup kerana sebahagian daripada bangunan tersebut telah dirobohkan dan diambil alih oleh Bank Negara Malaysia bagi tujuan pembinaan Asia School of Business.

MTHO telah dipindahkan ke bangunan baharu yang memiliki reka bentuk berkonsepkan hijau. Penggunaan bumbung hijau bertingkat memberi kesinambungan kepada landskap di sekitarnya menampilkan panorama 360° Kuala Lumpur.

Reka bentuk bangunan baru ini mempamerkan ciri-ciri yang moden dan telah mendapat pengiktirafan Green Building Index (GBI). Bangunan ini juga direkodkan sebagai bangunan hijau pertama bagi Arkib Negara Malaysia. Teknologi bangunan hijau ini mampu memupuk dan mengekalkan kelestarian alam sekitar dengan keupayaan menjana penjimatan tenaga, penjimatan penggunaan air dan suasana persekitaran dalaman yang lebih sihat.
Image
Kereta Rasmi Perdana Menteri Ke-3
Image
Replika Pejabat Perdana Menteri
Image
Koleksi jam tangan Tun Hussein Onn
Image
Koleksi Pen Tun Hussein Onn

WAKTU LAWATAN

Hari
Masa
Selasa - Khamis
9.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat
9.00 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 5.00 petang
Sabtu & Ahad
9.00 pagi - 5.00 petang
Isnin
(kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah)
Tutup
Masuk adalah PERCUMA
Memorial Tun Hussein Onn
Jalan Dato' Onn
50480 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03-20315561 / 20315540 
No. Faks : 03-20708364
Image