Kumpulan Rekod Baru Dibuka Suku Keempat 2015
Jabatan Arkib Negara bertanggungjawab menyediakan kemudahan perkhidmatan penyelidikan kepada orang ramai umumnya dan penyelidik khususnya. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi menyebarluaskan maklumat yang terdapat dalam simpanan Arkib Negara.
Antara langkah yang diambil bagi memberikan kemudahan tersebut ialah dengan menyediakan Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang telah mencapai taraf arkib iaitu berusia 25 tahun. Senarai ini mengandungi maklumat mengenai bahan yang baru dibuka untuk rujukan penyelidik. Walau bagaimanapun rujukan kepada fail-fail ini masih tertakluk kepada Rahsia Rasmi di mana fail-fail terperingkat yang belum diturun taraf tidak dibuka untuk rujukan penyelidik.
Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang telah mencapai taraf arkib ini akan dikeluarkan mengikut suku tahun iaitu pada setiap awal bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Bagi suku keempat tahun 2015, sebanyak 369 kumpulan Arkib/Rekod yang mengandungi 2,522 buah fail telah mencapai taraf arkib dan sedia untuk dirujuk.
Semua maklumat lanjut berkaitan fail-fail tersebut boleh diperolehi dengan melayari portal arkib di www.arkib.gov.my pada capaian Online Finding Aids arkib atau datang terus ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia yang teletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur bagi fail yang terdapat di Ibu Pejabat dan ke Arkib Negara Cawangan Negeri yang berkenaan bagi fail yang terdapat di Cawangan Negeri.
- Ibu Pejabat Arkib Negara Malaysia
- Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang boleh di rujuk di Cawangan-cawangan Negeri :-
• ANM Cawangan Kedah/Perlis
• ANM Cawangan Pulau Pinang
• ANM Cawangan Perak
• ANM Cawangan Pahang
• ANM Cawangan Terengganu
• ANM Cawangan Kelantan
• ANM Cawangan Sabah
• ANM Cawangan Sarawak