Berita & Pengumuman
ANM Negeri Kelantan
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan telah ditubuhkan bagi menguruskan kerja-kerja kearkiban di peringkat negeri Kelantan sebagai ‘Miniature Archives’. Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan bermula dengan penubuhan Arkib Negara Malaysia Zon Timur yang meliputi Terengganu, Kelantan dan Pahang pada 14 April 1978. Pada 1 Februari 1987, ditubuhkan sebagai Pusat Perkhidmatan Rekod Negeri Kelantan dan pada Januari 1988 dinaikan taraf sebagai Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri. Seterusnya pada tahun 2015, penjenamaan semula dibuat dan ditukarkan nama kepada Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan. Arkib Negara Malaysia Cawangan Kelantan mula beroperasi di Bangunan Persekutuan Negeri Terengganu. Mulai Feb 1987 beroperasi di Bangunan Persekutuan, Jalan Doktor, Kota Bharu sehingga kini. Bagi memastikan ruangan mencukupi untuk simpanan bahan arkib (repository), Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan menyewa ruang tambahan di Bangunan KWSP mulai tahun 1994.
VISI
Peneraju pengurusan rekod dan pentadbiran arkib yang inklusif.
MISI
Empowering records management in the public sector and archives administration through smart partnerships and efficient and effective utilization of information and communication technologies in the interests of society and the country.
OBJEKTIF
- Memantapkan kompetensi dan komitmen pegawai awam dalam bidang pengurusan rekod melalui pematuhan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] dan perundangan lain yang berkuat kuasa.
- Memelihara dan memulihara bahan arkib yang bernilai kekal untuk rujukan dan kelestarian warisan negara.
- Memperkasa program pengembangan dan advokasi sejarah negara ke arah pengukuhan jati diri warga Malaysia.
FUNGSI
- Memberi khidmat nasihat kepada Jabatan-jabatan Kerajaan/Badan Berkanun di seluruh negeri Kelantan mengenai pengurusan rekod yang sistematik dan berkesan.
- Mengesan, mengumpul, menyimpan dan memelihara rekod dan bahan-bahan maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah sebagai warisan khazanah negara.
- Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada Jabatan-jabatan Kerajaan/Badan Berkanun di seluruh negeri Kelantan dan orang ramai.
- Menjalankan program penyelidikan dan pendokumentasian bagi tujuan memperlengkapkan maklumat mengenai sejarah tanah air.
- Menyebarkan ilmu dan maklumat bernilai sejarah di kalangan orang ramai.