Berita & Pengumuman
Seksyen Pengurusan Arkib Negarawan
Unit Peragaan dan Pemasaran
- Menerbit dan menyediakan maklumat mengenai arkib negarawan serta aktiviti dan program yang dijalankan melalui "homepage" Arkib Negara, CD Rom dan media elektronik.
- Menjalankan kajian pemasaran dan kepuasan pelanggan secara berkala bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan dan produk yang dihasilkan.
- Menjalankan kajian secara berterusan ke atas bahan pameran, teknik dan teknologi penyediaan dan peragaan.
- Melaksanakan program-program pemasaran dan promosi bagi Arkib Negarawan selaras dengan hasil kajian yang dijalankan.
- Menyediakan maklumat, artikel, poster, write-up dan tagline bagi pengiklanan di media cetak dan elektronik.
- Melaksanakan penyediaan susun atur peragaan pameran, penyalinan bahan pameran, panel dan peti pameran serta penyediaan kapsyen pameran.
- Mengenal pasti bahan-bahan bagi pameran tetap, bertema dan bergerak berdasarkan koleksi bahan-bahan Arkib Negarawan.
- Merancang dan menyediakan kertas konsep, skop, jalan cerita dan tajuk pameran berdasarkan tema dan jenis pameran serta menyediakan anggaran kos bagi pameran tetap, bertema dan bergerak.
Unit Pengembangan dan Promosi
- Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pengembangan tetap tahunan bagi Arkib Negarawan.
- Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pengembangan baru bagi memasyarakatkan Arkib Negarawan.
- Menjadi urus setia kepada program-program dan aktiviti pengembangan bagi aktiviti Arkib Negarawan.
- Menerbit dan mengedarkan bahan-bahan bercetak mengenai fungsi, aktiviti serta program arkib negarawan kepada agensi kerajaan dan orang awam.
- Merancang dan menguruskan program dan aktiviti promosi secara kerjasama dengan agensi dan pertubuhan pelancongan dalam dan luar negara.
- Menjalankan kerjasama dengan Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan bagi mempromosikan Arkib Negarawan di sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi.
- Merancang dan mengadakan pameran bertema secara bergerak dengan kerjasama Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan.
Arkib Memorial
- Merancang, mengurus dan memantau arkib negarawan sebagai pusat pembelajaran dan lawatan yang menarik.
- Menyediakan nota penerangan untuk lawatan berpandu.
- Melaksanakan tugas sebagai ketua pemandu kepada pelawat-pelawat berkumpulan.
- Memastikan bahan-bahan pameran dan peralatan pameran (panel, peti pameran, lampu dan hiasan) sentiasa dalam keadaan bersih, tersusun kemas dan ceria.
- Mengawasi dan memastikan keselamatan fizikal kawasan, bangunan dan bahan-bahan pameran dan aset dari kerosakan dan kecurian serta mengawal selia sistem CCTV dan sistem pencegah kebakaran.
- Bertanggungjawab menyenggara peralatan dan kelengkapan dan aset supaya sentiasa bersih dan dalam keadaan baik.
- Mengurus dan menyelaras prosedur keselamatan Arkib Negarawan.
- Memantapkan keselamatan harian Arkib Negarawan.
- Menguruskan penyelenggaraan, pembaikan dan ubah suai bangunan.