Berita & Pengumuman
Seksyen Perancangan dan Pemuliharaan
Unit Perolehan
- Merancang, melaksana dan memantau projek-projek pembangunan dan pembesaran Arkib Negarawan.
- Merancang, mengenal pasti sumber serta melaksanakan kerja-kerja perolehan bahan arkib, rekod, memorabilia dan bahan perpustakan berkaitan dengan Arkib Negarawan (Seksyen 40 Akta Arkib Negara Malaysia 2003).
- Menjalankan tugas pemilihan dan penilaian bahan berdasarkan nilai kearkiban, semakan koleksi sedia ada, keadaan fizikal, profil bahan, dokumen sokongan dan nilai intrinsik.
- Menjalankan kerja-kerja pendaftaran penerimaan, pembersihan, penyusunan, pengkelasan, pemberian nombor penerimaan, nombor kawalan inventori dan pengambilan gambar bahan objek serta mengotak dan melabel bahan (menggunakan COMPASS).
- Menguruskan penyusunan dan penyimpanan fizikal bahan di repositori mengikut koleksi utama Arkib Negarawan, tokoh, jenis bahan, format dan saiz bahan.
Unit Pemuliharaan / Pemeliharaan
- Merancang dan mengurus penerimaan dan pemindahan bahan dari Unit Perolehan.
- Merancang, mengurus dan menentukan ruang simpanan dan bekas simpanan (archival boxes, acid free envelope, plastic can) yang sesuai bagi penyimpanan bahan Arkib Negarawan
- Mengurus dan memantau pengeluaran dan pengembalian semula bahan bagi perkhidmatan rujukan dan peragaan di dewan pameran Arkib Negarawan.
- Menentukan peralatan penyimpanan, lokasi simpanan dan menyediakan senarai lokasi bagi tujuan pengesanan dan kawalan fizikal bahan.
- Melaksanakan audit dan ‘stock taking' bahan secara berkala dan menyediakan laporan mengenainya.
- Menguruskan pewasapan bahan dan kawalan makhluk perosak bagi kawasan repositori secara berkala.
- Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas bahan bagi tujuan pemuliharaan, penyalinan keselamatan dan rujukan.
- Menjalankan kerja-kerja pemuliharaan/konservasi/ restorasi ke atas bahan-bahan arkib dan artifak di makmal konservasi.
- Mengadakan pemeriksaan keselamatan dan kerosakan ke atas bangunan, peralatan dan kelengkapan di repositori setiap hari (tujuh hari seminggu) bagi tujuan pencegahan bencana, dan kecurian melalui pemeriksaan berjadual.
- Mengadakan kawalan suhu dan kelembapan udara serta menjaga kebersihan ruang simpanan di repositori bagi tujuan pemeliharaan bahan.
- Mengadakan kawalan keluar masuk kakitangan di repositori.
- Membangunkan standard dan prosedur, polisi dan dasar berkaitan dengan pengendalian dan pemeliharaan bahan.
Unit Pendokumentasian
- Merancang dan mengenalpasti program dan aktiviti pendokumentasian dan sejarah lisan berkaitan Arkib Negarawan.
- Menjalankan kerja-kerja rakaman dalam bentuk video dan gambar pegun (still images) bagi tujuan pendokumentasian rumah kelahiran, tempat, dan peristiwa berkaitan dengan Arkib Negarawan.
- Merancang dan mengenalpasti tokoh yang ada kaitan dengan Arkib Negarawan bagi program sejarah lisan.
- Menjalankan rakaman sejarah lisan dalam bentuk audio, video dan gambar pegun dengan tokoh yang telah dikenalpasti.
- Menyediakan deskripsi dan transkripsi maklumat dan metadata mengenai bahan yang dirakam bagi tujuan capaian dan rujukan.
- Mendokumentasikan maklumat dan latar belakang tokoh sejarah lisan.
- Menyediakan maklumat bagi pengkalan data Pengkisahan Sejarah dan Sejarah Lisan yang dibangunkan oleh Seksyen Dokumentasi.
Unit Panducari dan Khidmat Rujukan
- Merancang dan menyediakan deskripsi dan panducari bahan-bahan Arkib Negarawan serta bahan-bahan perpustakaan bagi tujuan capaian dan rujukan.
- Menyediakan panducari manual dalam bentuk inventori, senarai deskriptif, indeks, katalog dan handlist serta mengemaskinikan maklumat koleksi bahan arkib negarawan bagi panducari online di Bahagian Teknologi Maklumat.
- Merancang dan menyediakan khidmat capaian maklumat dan bahan Arkib Negarawan selaras dengan Seksyen 37, Akta Arkib Negara 2003.
- Menguruskan pendaftaran penyelidik dan memberi khidmat nasihat mengenai kaedah penyelidikan, penggunaan panducari serta peraturan penyelidikan.
- Mengurus, mengendali dan menyelia khidmat capaian, maklumat dan bahan arkib melalui kemudahan panducari secara manual dan online di dewan penyelidikan.
- Mengendalikan ‘khidmat e-pesanan' bagi permintaan dan perkhidmatan rezab bahan .
- Menyediakan khidmat penyalinan dan cabutan bahan arkib selaras dengan Seksyen 37 Akta Arkib Negara 2003.
- Menjalankan kerja-kerja penyeliaan dan pemantauan penyelidik serta keselamatan bahan arkib.
- Menguruskan perkhidmatan pengguna dan pembaca merangkumi khidmat pinjaman dan rujukan, pinjaman antara perpustakaan dan khidmat pendidikan pengguna.
Unit Kajian dan Penulisan
- Merancang, mengurus dan menjalankan kajian dan penyelidikan ilmiah mengenai ketokohan, pemikiran, sumbangan dan kepimpinan tokoh Arkib Negarawan.
- Merancang, mengurus dan menjalankan kajian mengenai sejarah perkembangan dan peranan institusi Arkib Negarawan.
- Merancang, menganjurkan dan menjalankan program dan aktiviti berkaitan dengan hasil kajian dan penyelidikan melalui seminar, bengkel kerja, ceramah atau forum.
- Merancang, mengurus dan mengadakan program kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan luar negara bagi menjalankan kajian dan penyelidikan bagi menghasilkan penerbitan ilmiah.
- Menyediakan bahan-bahan koleksi ucapan, hasil rakaman pengkisahan sejarah dan sejarah lisan, kompilasi kertas-kertas kerja, seminar, forum yang dianjurkan oleh Akib Negarawan bagi tujuan penerbitan.