Berita & Pengumuman
Seksyen Pembangunan Dan Penyenggaraan
- Merancang dan mengenalpasti pembinaan projek-projek fizikal seperti pembinaan bangunan Arkib cawangan negeri, memorial / pustaka / galeria.
- Merancang dan melaksanakan kerja-kerja naiktaraf bangunan-bangunan Arkib / bangunan Arkib cawangan negeri, memorial / pustaka / galeria.
- Membuat penyelidikan berhubung dengan pembangunan projek dan penyelidikan untuk penyediaan ‘building brief'.
- Merancang jadual pelaksanaan projek dengan agensi pelaksana (JKR).
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan pembangunan projek melalui mesyuarat bulanan dengan agensi pelaksana dan kontraktor.
- Memantau kemajuan projek, perubahan skop serta menguruskan pembayaran sehingga bangunan siap sepenuhnya.
- Mengemaskini, menyemak dan memasukkan data ke dalam Sistem Pemantauan Projek, menyediakan laporan kepada Unit Perancang Ekonomi serta menyediakan laporan impak pembangunan.
- Merancang projek-projek pembangunan bagi tempoh Rancangan Lima Tahun mengikut garis panduan EPU.
- Mengumpul dan menyelaras semua cadangan projek dari semua Bahagian.
- Merancang keperluan peruntukan tahunan dan aliran tunai bagi belanjawan pembangunan Jabatan mengikut Pekeliling Perbendaharaan.
- Menyediakan anggaran belanjawan pembangunan tahunan Jabatan untuk pembentangan dalam Mesyuarat Pemeriksaan Belanjawan.
- Menyediakan kertas kerja, kertas konsep, Kertas Jemaah Menteri, Buku Cadangan Projek-Projek Pembangunan di Bawah Rancangan Lima Tahun, Laporan Kewangan, Laporan Kemajuan Projek.
- Menyedia dan menyelaras perjadualan mesyuarat-mesyuarat berkaitan dengan projek-projek pembangunan.
- Menjadi Urusetia mesyuarat pembangunan dan perolehan.
- Merancang, mengenalpasti dan menguruskan pemerolehan hartanah, bangunan dan peralatan.
- Membuat kajian ‘feasibility' keberkesanan aset sebelum membuat perolehan aset.
- Mengadakan perbincangan, mesyuarat dengan KPTG / EPU / Perbendaharaan / Jabatan Penilaian Harta dan agensi lain yang terlibat dalam proses pengambilan dan pembelian tanah.
- Mendapatkan perakuan dan kelulusan EPU/Perbendaharaan sebelum membuat perolehan bangunan.
- Menguruskan urusan perjanjian jual beli, sewaan, pindah milik dan pembayaran.
- Menguruskan keselamatan fizikal harta, bangunan dan aset.
- Menguruskan penyelenggaraan, pembaikan dan ubahsuai bangunan dan pejabat.
- Menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan mekanikal dan elektrikal (Lif,dumb-waiter, etc)
- Menguruskan keceriaan suasana dan kebersihan / persekitaran pejabat.
- Mengurus dan menyelenggara landskap dan tempat letak kereta