Berita & Pengumuman
Seksyen Teknologi Maklumat
Unit Rangkaian, Keselamatan dan Pembangunan Sistem
- Membangun, melaksana dan membuat kajian semula Pelan Strategik ICT (ISP) ANM.
- Menjalankan kajian keperluan sistem aplikasi baru dan menyediakan laporan serta justifikasi bagi pelaksanaan sistem aplikasi yang akan dibangunkan.
- Membangunkan sistem aplikasi yang merangkumi rekabentuk dan penyediaan spesifikasi, mengkaji keberkesanan dan memantau penggunaannya
- Menyelenggara aplikasi COMPASS
- Memantau pelaksanaan COMPASS di semua Cawangan Negeri, Bahagian Arkib Negarawan dan Ibupejabat.
- Menerima dan menganalisa aduan dan cadangan terhadap COMPASS serta mempertingkatkan keberkesanannya
- Melaksanakan pengemaskinian data-data COMPASS serta membuat penyelenggaraan ruang storan
- Menyediakan infrastruktur, memberi khidmat sokongan teknikal dan melaksanakan tugas perantaraan antara Arkib Negara dengan agensi pusat yang bertanggungjawab bagi sistem aplikasi kerajaan elektronik iaitu HRMIS, e-SPKB, e-Perolehan dan SPP II.
- Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan Sistem Rangkaian Arkib Negara Malaysia (Arkib*Net).
- Menyelenggara rangkaian Arkib*Net dengan pihak pembekal dan memantau keperluan peningkatan kapasiti rangkaian mengikut tahap penggunaan.
- Membangun dan mengawalselia Polisi ICT, Garis Panduan Penggunaan ICT dan Dasar Keselamatan ICT ANM berdasarkan polisi yang telah ditetapkan oleh ANM dan MAMPU.
- Mentadbir, mengurus dan memantau penggunaan peralatan, perkhidmatan ICT dan keselamatan ICT berdasarkan polisi dan dasar yang telah dibangunkan.
- Memastikan keselamatan Pusat Data Utama dan Pusat Pemulihan Bencana ANM dengan mengambilkira keselamatan fizikal dan keselamatan data yang disimpan dalam bentuk elektonik.
- Merancang, merekabentuk, membangun dan mengemaskini portal ANM.
- Melaksanakan tugas-tugas urusetia bagi Jawatankuasa berikut:
- Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) ANM
- Jawatankuasa Kerja Pengurusan Portal ANM
- Jawatankuasa Teknikal COMPASS ANM
- Menyediakan infrastruktur, memberi khidmat sokongan teknikal dan melaksanakan tugas perantaraan antara ANM dengan KPKM dalam pelaksanaan Sistem Parlimen & Jemaah Menteri, Sistem e-Aset dan lain-lain.
Unit Operasi dan Khidmat Sokongan
- Merancang keperluan peralatan ICT ANM dan menyediakan spesifikasi teknikal yang bersesuaian.
- Menyelenggara peralatan komputer dan infrastruktur informasi dan komunikasi maklumat jabatan supaya beroperasi di tahap penggunaan yang optimum.
- Mempastikan kerja-kerja preventive maintenance dijalankan pembekal mengikut jadual berkala yang telah ditetapkan dan mengemukakan laporan sepertimana dalam perjanjian.
- Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal (helpdesk) bagi semua permasalahan ICT.
- Memeriksa dan memperakukan kepada Jawatankuasa Pelupusan Peralatan ICT mengenai peralatan ICT untuk pelupusan
- Mengurus dan mentadbir pengoperasian Pusat Data termasuk keselamatan, pemantauan dan penyelenggaraan keseluruhan Pusat Data.
- Merancang, mengurus, menguji dan melaksanakan prosidur back-up dan recovery (jika perlu) terhadap semua pengoperasian pelayan, sistem aplikasi dan pangkalan data ANM.
- Menguruskan aset-aset ICT ANM berdasarkan Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan Malaysia.