Berita & Pengumuman
Unit Perolehan dan Kontrak
- Menguruskan semua perolehan Arkib Negara Malaysia berkaitan sebut harga, sebut harga B, tender, rundingan terus dan pembelian terus melalui sistem ePerolehan.
- Memantau proses perolehan yang dilaksanakan oleh Jabatan agar mematuhi peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.
- Memastikan perolehan Jabatan dilaksanakan menggunakan sistem ePerolehan dan mengikut pekeliling dan arahan dari Kementerian Kewangan Malaysia.
- Memastikan setiap permohonan perolehan memperolehi kelulusan daripada Ketua Jabatan, Kementerian dan Perbendaharaan.
- Memastikan Ahli Jawatankuasa yang dilantik melaksanakan perolehan mengikut peraturan pekeliling dan telah ditetapkan.
- Memastikan Pesanan Kerajaan dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan.
- Memantau pengurusan kontrak sedia ada dan memastikan perubahan dan pelanjutan kontrak dilaksanakan mengikut peraturan pekeliling yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan