Berita & Pengumuman
Seksyen Perhubungan Awam dan Promosi
OBJEKTIF SEKSYEN
-
Memberi penerangan dan menyebarkan maklumat (Promosi dan Publisiti) kepada agensi kerajaan, media massa dan orang awam mengenai peranan dan fungsi Arkib Negara Malaysia dan tanggungjawabnya dalam pengurusan rekod dan pemeliharaan bahan warisan sejarah Negara.
-
Mempromosi program/aktiviti jabatan serta menyebarkan maklumat mengenai peranan dan fungsi Arkib Negara Malaysia.
FUNGSI SEKSYEN
- Merancang pelan promosi, publisiti dan komunikasi strategik dalam menyebarluaskan maklumat mengenai program, aktiviti rasmi jabatan, peranan dan fungsi Arkib Negara Malaysia bagi penambahbaikan imej korporat jabatan.
- Menyelaras dan mengurus media semasa program berlangsung serta memantau dan menilai liputan media seterusnya memberi maklumbalas kepada isu-isu yang dibangkitkan.
- Menyelaras , menganalisis dan menyelesaikan aduan dan pertanyaan pelanggan serta melaksanakan kajian kepuasan pelanggan Arkib Negara Malaysia agar mencapai objektif kualiti jabatan.
- Menyelaras, mengurus, dan mengendalikan lawatan berpandu ke Arkib Negara Malaysia.
- Melaksanakan tugasan komunikasi pemasaran maklumat mengenai Arkib Negara Malaysia melalui platform Media Sosial dan aplikasi komunikasi secara harian untuk hebahan kepada masyarakat.
- Bertindak sebagai penasihat jabatan dalam tugasan perhubungan awam dan media.
Kesemua fungsi di atas dilaksanakan oleh dua (2) orang pegawai kumpulan pengurusan dan profesional dan dua (2) orang kakitangan kumpulan pelaksana.