Berita & Pengumuman
Seksyen Perkhidmatan Repositori
Unit Penyimpanan dan Penyelenggaraan
- Merancang dan mengurus penerimaan dan pemindahan bahan dari Seksyen Perkhidmatan Pusat Rekod dan Seksyen Perolehan.
- Mengenalpasti dan mencadangkan pencalonan kumpulan bahan arkib yang dikenalpasti untuk pencalonan Daftar Warisan Dunia (MoW).
- Mengenalpasti dan mencadangkan kumpulan rekod-rekod terpilih yang bertaraf Arkib untuk tujuan terbitan.
- Merancang, mengurus dan menentukan ruang simpanan dan bekas simpanan (archival boxes, acid free envelope, plastic can) yang sesuai bagi penyimpanan bahan arkib.
- Mengurus dan memantau pengeluaran bahan bagi perkhidmatan rujukan di dewan penyelidikan dan pinjaman Jabatan mengikut piagam pelanggan yang ditetapkan.
- Mengurus dan memantau pengembalian dan penyimpanan semula bahan dari dewan penyelidikan dan pinjaman Jabatan ke repositori.
- Menentukan peralatan penyimpanan (rak, kabinet, horizontal drawer) mengikut kesesuaian bahan arkib.
- Menentukan lokasi simpanan dan menyusun bahan mengikut jenis dan mematuhi prinsip provenance, original order dan respect des fonds.
- Menyediakan senarai lokasi bagi tujuan pengesanan dan kawalan fizikal bahan.
- Mendaftar, mengawal dan mengemaskini maklumat bahan yang tersimpan di dalam repositori.
- Melaksanakan audit dan ‘stock taking' bahan secara berkala dan menyediakan laporan mengenainya.
- Keselamatan Bahan
- Menyediakan dan memantau pematuhan peraturan dan prosedur bagi keselamatan bahan-bahan arkib.
- Menyediakan panduan pengendalian dan penjagaan (care & handling) bahan arkib.
- Mengadakan kawalan keluar masuk bahan.
- Menguruskan pewasapan bahan dan kawalan makhluk perosak bagi kawasan repositori secara berkala.
- Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas bahan dan menyediakan bahan bagi tujuan penyalinan keselamatan dan rujukan serta pemuliharaan bahan arkib.
- Menjadi ahli bagi Pasukan Pemulihan Bencana Jabatan Arkib Negara.
- Keselamatan Repositori
- Mengadakan pemeriksaan ke atas bangunan, peralatan dan kelengkapan di repositori setiap hari (tujuh hari seminggu).
- Mengadakan dan memantau keselamatan repositori bagi tujuan pencegahan bencana dan kecurian.
- Mengadakan kawalan suhu dan kelembapan di ruang repositori bagi tujuan pemeliharaan.
- Memastikan kebersihan ruang repositori, peralatan dan bekas simpanan bahan serta bahan arkib melalui penjagaan berjadual.
- Mengadakan kawalan keluar masuk kakitangan di repositori.
Unit Khidmat Sokongan
- Mengendalikan hal ehwal pentadbiran (cuti, surat-menyurat, sistem fail, mesyuarat dan sebagainya) Seksyen.
- Mengendalikan urusan kewangan (buku vot, pesanan kerajaan, penyediaan cadangan bajet) Seksyen.
- Menguruskan Registri di peringkat Seksyen.
- Menyelaraskan hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan Seksyen.