splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

Seksyen Rujukan dan Akses

Unit Rujukan dan Capaian

  1. Merancang dan menyediakan khidmat capaian maklumat dan bahan arkib selaras dengan Seksyen 37, Akta Arkib Negara 2003.
  2. Menguruskan pendaftaran penyelidik secara online dan manual.
  3. Menyediakan Khidmat Nasihat kepada penyelidik berkenaan metodologi penyelidikan, penggunaan panducari serta peraturan penyelidikan.
  4. Mengendalikan perkhidmatan capaian, maklumat dan bahan  Arkib melalui kemudahan panducari secara manual dan online di dewan penyelidikan.
  5. Mengurus dan menyediakan kemudahan Dewan Penyelidikan selaras dengan Peraturan-peraturan menggunakan bahan Arkib dan peraturan-peraturan dewan penyelidikan Arkib Negara.
  6. Mengendalikan ‘khidmat e-pesanan' bagi permintaan dan perkhidmatan rezab bahan – Fungsi Baru.
  7. Mengendalikan khidmat penyelidik bagi permintaan bahan dan perkhidmatan rezab bahan.
  8. Mengurus permohonan dan tempahan bahan secara online – Fungsi Baru.
  9. Menyediakan khidmat penyalinan dan cabutan bahan arkib selaras dengan Seksyen 37, Akta Arkib Negara 2003.
  10. Menjalankan kerja-kerja penyeliaan dan pemantauan penyelidik serta keselamatan bahan Arkib.

Unit Bantuan dan Penyelidikan

  1. Menjalankan kajian berdasarkan bahan bahan Arkib sebagai respon kepada topik / isu semasa seperti di media massa.
  2. Menyediakan deskripsi dan menyebarkan maklumat mengenai koleksi bahan-bahan terpilih, unik dan yang baru diperolehi serta kumpulan-kumpulan rekod yang baru dibuka untuk akses.
  3. Menerima lawatan berpandu yang diaturkan oleh Unit Perhubungan Awam.
  4. Mengendalikan khidmat  pinjaman dan pengembalian arkib awam kepada jabatan kerajaan selaras dengan Seksyen 35, Akta Arkib Negara 2003.
  5. Menyelaras dan mengendalikan penurunan taraf arkib terperingkat selaras dengan Seksyen 8 dan 30, Akta Arkib Negara 2003 – hubungkait dengan Seksyen lain.
  6. Menyediakan maklumat untuk penerbitan video, pamplet dan risalah mengenai khidmat bantuan penyelidikan dan kemudahan rujukan di Arkib Negara.
  7. Menyedia dan memantapkan  justifikasi untuk kumpulan bahan arkib yang dikenalpasti untuk pencalonan Daftar Warisan Dunia (MoW).

Unit Perkhidmatan Perpustakaan

  1. Merangka dasar perolehan bahan-bahan perpustakaan dan menyediakan garis paduan perpustakaan selaras dengan matlamat menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Sumber dan Penyelidikan Negara.
  2. Menguruskan pembinaan koleksi bahan-bahan perpustakaan berkaitan dengan Pengurusan Rekod dan Arkib, sejarah dan warisan negara dan sokongan pengurusan melalui pembelian, hadiah dan pertukaran untuk semua perpustakaan Jabatan.
  3. Menyediakan katalog, klasifikasi, indeks, abstrak dan pangkalan data dan bibliografi bagi koleksi bahan-bahan perpustakaan.
  4. Melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan, kawalan keselamatan, menyenggara  koleksi dan kelengkapan dan peralatan perpustakaan.
  5. Menyelaras dan menyelia perkhidmatan perpustakaan di cawangan-cawangan negeri, memorial, geleria dan pustaka.
  6. Menguruskan perkhidmatan pengguna dan pembaca merangkumi khidmat pinjaman dan rujukan, pinjaman antara perpustakaan dan khidmat pendidikan pengguna.
  7. Merancang, merangka dan melaksanakan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan melalui capaian maklumat secara manual dan online.
  8. Menjadikan perkhidmatan perpustakaan jabatan sebagai pemangkin kepada merealisasikan hasrat jabatan Arkib Negara menjadi ‘learning organization'.
  9. Menguruskan program galakan membaca melalui pameran buku, aktiviti ulasan dan bicara buku.
  10. Membantu pelaksanaan program ICT jabatan melalui sistem integrasi perpustakaan (ILMU), pendigitan bahan perpustakaan serta mengemaskini maklumat koleksi perpustakaan di laman web Jabatan Arkib Negara.

Unit Khidmat Sokongan

  1. Mengendalikan hal ehwal pentadbiran (cuti, surat menyurat, sistem fail, mesyuarat dan sebagainya) Seksyen.
  2. Mengendalikan urusan kewangan (buku vot, pesanan kerajaan, penyediaan cadangan bajet) Seksyen.
  3. Menguruskan Registri di peringkat Seksyen.
  4. Menyelaraskan hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan Seksyen.
Image