Berita & Pengumuman
Seksyen Arkib Digital
Unit Pemeliharaan Digital
- Merancang dan merangka dasar, standard, prosedur dan garis panduan pemeliharaan koleksi bahan arkib dalam bentuk digital;
- Memelihara bahan arkib digital;
- Merancang dan melaksanakan program pemeliharaan bahan arkib digital;
- Menjalankan kajian amalan terbaik antarabangsa dalam bidang pemeliharaan digital;
- Merancang dan melaksanakan pemeliharaan secara berterusan (Active Preservation) bahan arkib digital dalam Archival Management System (AMS);
- Mengurus perkhidmatan capaian bahan arkib digital dalam AMS;
- Merancang dan mengurus pentadbiran sistem aplikasi AMS;
- Merancang dan melaksana proses penerimaan dan pemindahan rekod awam bentuk digital dari sistem legasi (bukan ERMS).
Unit Peralihan Data
-
Merancang dan merangka dasar, standard, prosedur dan garis panduan bagi kerja-kerja pendigitalan bahan arkib;
-
Mengkaji dan menentukan kaedah dan spesifikasi bagi pendigitalan bahan arkib;
-
Mengenal pasti jenis dan koleksi bahan arkib yang perlu didigitalkan;
-
Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pendigitalan bahan arkib
-
Merancang, melaksana, dan memantau projek-projek pendigitalan bahan arkib koleksi terpilih;
-
Memberi khidmat kepakaran kepada penjawat awam dalam bidang pendigitalan bahan arkib; dan
-
Melaksanakan kerja-kerja pendokumentasian bagi bahan arkib yang telah didigitalkan.