splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

Seksyen Arkib Pandang Dengar

Seksyen Arkib Pandang Dengar bertanggungjawab melaksanakan pemerolehan, penerimaan bahan arkib pandang dengar bagi tujuan pemeliharaan serta pemuliharaan dan menyediakan perkhidmatan rujukan dan akses. Tugas dan tanggungjawab dilaksanakan menerusi Unit Filem dan Audiovisual Mutlimedia dan Unit Gambar.

OBJEKTIF SEKSYEN

  • Memastikan peningkatan pemerolehan bahan arkib pandang dengar yang bernilai sejarah dan kebangsaan untuk dipelihara sebagai rujukan generasi akan datang.

FUNGSI SEKSYEN

  • Melaksanaan pemerolehan dan penerimaan bahan arkib pandang dengar.
  • Memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan bahan arkib pandang dengar  mengikut amalan terbaik arkib antarabangsa.
  • Menyediakan perkhidmatan serta kemudahan rujukan dan akses bahan arkib pandang dengar yang berkesan kepada penyelidik.   

UNIT FILEM DAN AUDIO VISUAL MULTIMEDIA

  1. Merangka dasar dan standard pengurusan bahan Filem dan Audio Visual.
  2. Merancang dan melaksanakan khidmat nasihat pemeliharaan bahan filem dan AVM.
  3. Merancang dan melaksanakan pendokumentasian peristiwa, bangunan dan tempat bersejarah.
  4. Merangka dan merancang strategi perolehan bahan dari sektor awam, badan berkanun dan perusahaan kerajaan (GLC) serta dari sumber-sumber swasta dan persendirian dalam dan luar Negara.
    • Filem dan AVM
    • Bahan-bahan sokongan
    • Skrip
    • Poster
    • Akhbar
    • Majalah
    • Buku-buku
  5. Mengenal pasti sumber dan membuat kajian bahan
    • Nilai kearkiban bahan
    • Ciri-ciri fizikal
    • Harga, terma dan syarat
  6. Memperolehi bahan melalui :
    • Kuatkuasa Akta Arkib Negara 2003, Surat-surat Pekeliing, Peraturan Arkib Negara.
    • International MoU
    • Perundingan
    • Pembelian
    • Derma/ Hadiah
    • Pinjaman
    • Pertukaran
    • Penyalinan
  7. Menjalankan tugas-tugas pemilihan dan penilaian bahan berdasarkan :
    • Kriteria Kearkiban
    • Semakan koleksi
    • Keadaan Fizikal
    • Profil Bahan
    • Dokumen Sokongan
    • Nilai Intrinsik
  8. Menjalankan kerja-kerja penerimaan dan pemindahan:
    • Semakan senarai pemindahan
    • Pembersihan
    • Penyusunan dan pengklasifikasi bahan
    • Pendaftaran dan memasukkan metadata COMPASS
  9. Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan fizikal bahan serta menguruskan repositori.
  10. Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pendigitalan bahan bagi tujuan pemeliharaan dan akses.
  11. Memberi perkhidmatan rujukan bahan-bahan filem dan Audio Visual serta menguruskan kemudahan dewan penyelidikan.
  12. Merancang dan membangunkan video kreatif menggunakan bahan arkib bagi tujuan rujukan.
    • Penyediaan Storyline
    • Penyediaan Storyboard
    • Pembangunan video
  13. Merancang dan mengurus:
    • Perolehan dan penyelenggaraan peralatan AV.
    • Menyelenggara studio AV dan makmal pendigitalan

UNIT GAMBAR

  1. Merangka dasar dan standard pengurusan bahan gambar fizikal dan digital.
  2. Merancang dan melaksanakan khidmat nasihat pemeliharaan bahan gambar fizikal dan digital.
  3. Merangka dan merancang strategi perolehan bahan dari sektor awam, badan berkanun dan perusahaan kerajaan (GLC) dan persendirian.
    • Bahan gambar fizikal dan digital
  4. Merancang dan melaksanakan pendokumentasian peristiwa, bangunan dan tempat bersejarah.
  5. Mengenal pasti sumber dan membuat kajian bahan
    • Nilai kearkiban bahan
    • Ciri-ciri fizikal
    • Harga, terma dan syarat
  6. Memperolehi bahan melalui :
    • Kuatkuasa Akta Arkib Negara 2003, Surat-surat Pekeliling, Peraturan Arkib Negara.
    • Perundingan
    • Pembelian
    • Derma/ Hadiah
    • Pinjaman
    • Pertukaran
    • Penyalinan
  7. Menjalankan kerja-kerja penerimaan dan pemindahan:
    • Semakan senarai pemindahan
    • Pembersihan
    • Pendaftaran dan kemasukan metadata COMPASS
    • Penyusunan dan pengklasifikasi bahan
    • Memuatnaik imej digital ke dalam COMPASS
  8. Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan fizikal bahan.
  9. Merancang dan melaksanakaN kerja-kerja pemeliharaan fizikal bahan serta menguruskan repositori.
  10. Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pendigitalan bahan bagi tujuan pemeliharaan dan akses.
  11. Memberi perkhidmatan rujukan bahan gambar fizikal dan digital.
  12. Menjalankan kerja-kerja memproses gambar digital.
    • Suntingan
    • Tera Air (Watermark)
    • Muatnaik gambar ke dalam sistem COMPASS
  13. Merancang dan mengurus:
    • Perolehan dan penyelenggaraan peralatan fotografi.
Image