Berita & Pengumuman
Seksyen Perolehan Arkib Persendirian
- Seksyen Perolehan bertanggungjawab memastikan pemerolehan koleksi bahan arkib persendirian bernilai sejarah dan kebangsaan dilaksanakan secara sistematik dan berkesan. Pemerolehan bahan arkib persendirian meliputi tiga (3) kategori utama iaitu:
- Surat Persendirian melibatkan tokoh-tokoh daripada pelbagai bidang dan kepakaran masing-masing dalam memberi sumbangan kepada negara (bukan tokoh negarawan) serta juga dari waris/ keluarga terdekat tokoh terbabit;
- Koleksi Persendirian melibatkan orang perseorangan yang mempunyai bahan yang berkaitan sejarah negara serta perolehan bahan yang dibeli dari institusi luar negara dalam bentuk salinan imej digital mahupun mikrofilem.
- Arkib Pertubuhan iaitu Arkib Ekonomi, Arkib Sukan, Arkib Gabungan Politik, Arkib Pertubuhan dan Sukarela dan Arkib Agama.
- Pemerolehan bahan ini dilaksanakan untuk tujuan:
- Memperkayakan koleksi bahan arkib di ANM untuk tujuan rujukan dan penyelidikan.
- Meningkatkan pemerolehan koleksi bahan arkib persendirian dari pelbagai sumber dalam dan luar negara sebagai bahan sokongan kepada rekod rasmi negara.
- Beberapa pendekatan dilakukan untuk memperkaya dan memperkasa koleksi bahan arkib persendirian iaitu:
- Menjalinkan kerjasama dengan institusi bukan kerajaan, orang perseorangan dalam dan luar negara dalam perolehan rekod mengenai Malaysia.
- Menjalankan kajian pengesanan rekod secara berterusan untuk mengenalpasti dan memperolehi rekod tentang Malaysia dari sumber bukan kerajaaan dalam dan luar Negara.
- Memperolehi rekod persendirian dari orang perseorangan dan organisasi bukan kerajaan secara sumbangan, pembelian, hadiah, dan wasiat.