Berita & Pengumuman
Seksyen Dokumentasi
Unit Pendokumentasian
- Merancang, mengenalpasti dan melaksanakan program-program Pendokumentasian bagi tujuan mengisi jurang maklumat bahan arkib :
- Sejarah Lisan
- Bicara/ Wacana/ Pengkisahan Sejarah
- Menjalankan kajian, penyelidikan dan pengumpulan maklumat mengenai program-program Pendokumentasian.
- Menjalankan kerja-kerja rakaman video (moving images) dan gambar pegun (still images) bagi program-program pendokumentasian.
- Menyediakan deskripsi bahan yang dirakam bagi tujuan capaian, rujukan dan penerbitan.
- Menguruskan penyalinan bahan rakaman bagi tujuan pemeliharaan dan rujukan.
- Melaksanakan kerja-kerja penyuntingan dan semakan kualiti bahan-bahan rakaman.
- Menyediakan pangkalan data bagi program-program Pendokumentasian.
Unit Khidmat Sokongan
- Mengendalikan hal ehwal pentadbiran (cuti, surat menyurat, sistem fail, mesyuarat dan sebagainya) Seksyen.
- Mengendalikan urusan kewangan (buku vot, pesanan kerajaan, penyediaan cadangan bajet) Seksyen.
- Menguruskan Registri di peringkat Seksyen.
- Menyelaraskan hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan Seksyen.
Unit Media Massa
- Merancang dan mengenalpasti peristiwa/ tajuk/ tema bagi program di media massa dan portal Arkib Negara :
- Hari Ini Dalam Sejarah (HIDS)
- Penulisan Artikel
- Menjalankan kajian dan penyelidikan berdasarkan bahan-bahan arkib untuk program HIDS dan penulisan artikel di media massa
- Menjalinkan hubungan kerjasama dengan Jabatan/ Agensi dan media massa berkaitan program tahunan.
- Menguruskan dan menyediakan bahan-bahan arkib, skrip dan artikel untuk program tahunan di media massa.
- Mengumpul dan mendokumentasikan bahan-bahan yang dihasilkan dari program yang telah disiarkan melalui media massa untuk tujuan terbitan dan edaran.