Berita & Pengumuman
Seksyen Perkhidmatan Pusat Rekod
Unit Pusat Rekod Arkib
- Merancang keperluan ruang dan peralatan untuk penyimpanan rekod awam yang dipindahkan ke Arkib Negara.
- Merancang dan menguruskan penerimaan rekod yang diputuskan pindah dari pejabat awam kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara.
- Mengurus dan menjalankan kerja-kerja pemprosesan rekod awam.
- Menguruskan penyimpanan dan memantau pemeliharaan rekod awam dalam jagaan.
- Memastikan keselamatan premis Pusat Rekod Arkib.
- Merancang, mengurus dan melaksanakan pemindahan kumpulan rekod awam yang telah bertaraf arkib ke Seksyen Repositori.
Unit Pusat Rekod Agensi
- Menyediakan spesifikasi bagi penubuhan Pusat Rekod Agensi.
- Menyediakan prosedur, piawaian dan panduan berkaitan penyenggaraan dan pemeliharaan rekod awam di Pusat Rekod Agensi.
- Memberi khidmat nasihat dan kepakaran berkaitan penubuhan dan penyenggaraan Pusat Rekod Agensi.
- Memantau keakuran kepada spesifikasi dan piawaian bangunan, kelengkapan dan peralatan penyimpanan.