splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

Seksyen Audit dan Inspektorat

OBJEKTIF SEKSYEN

  • Merancang dan melaksana program audit dan inspektorat pengurusan rekod di pejabat awam selaras dengan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] bagi memastikan dasar, prinsip dan amalan terbaik pengurusan rekod antarabangsa dilaksanakan.
  • Memantau dan mengawal selia Syarikat Pembekal Perkhidmatan terhadap keakuran kepada syarat dan kriteria penawaran perkhidmatan bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan menjamin keselamatan dan pemeliharaan rekod.

FUNGSI SEKSYEN

  • Melaksanakan kerja-kerja pengauditan dan inspektorat program pengurusan rekod di pejabat awam mengikut kriteria yang telah ditetapkan selaras dengan piawaian pengurusan rekod antarabangsa, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] dan lain-lain peraturan semasa yang berkuat kuasa berdasarkan:
    • Aduan dari pejabat awam
    • Permohonan dari pejabat awam
    • Perancangan tahunan Seksyen
  • Merancang dan melaksanakan kerjasama strategik audit penilaian penarafan bintang (SSR) bersama pejabat awam.
  • Merancang dan melaksanakan program Penganugerahan Pengurusan Rekod Sektor Awam.
  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja keurussetiaan dan inspektorat kod bidang ke atas Syarikat Pembekal Perkhidmatan bagi:
    • Kod bidang 221310 - Perkhidmatan Penyimpanan Rekod
    • Kod bidang 221311 – Perkhidmatan Baik Pulih Bahan Terbitan Dan Manuskrip
Image