Berita & Pengumuman
Seksyen Dasar, Standard dan Pengurusan Kualiti
OBJEKTIF SEKSYEN
- Merancang dan menyelaras penyediaan, pindaan/pengemaskinian dasar, perundangan, peraturan, garis panduan dan Standard Malaysia berkaitan pengurusan rekod ke arah pemantapan, penyeragaman, peningkatan kecekapan dan ketelusan tadbir urus serta sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
- Menyelaras penyediaan, pindaan/pengemaskinian dasar, perundangan, peraturan, garis panduan dan Standard Malaysia ke arah pemantapan pelaksanaan prinsip dan amalan terbaik antarabangsa berkaitan pentadbiran arkib.
- Merancang dan menyelaras pelbagai program/aktiviti pembaharuan dan pemodenan pentadbiran awam seperti Sistem Pengurusan Kualiti, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan sebagainya ke arah kebersamaan dalam pencapaian sasaran dan perkhidmatan jabatan yang berkualiti.
FUNGSI SEKSYEN
- Merancang dan menguruskan penyediaan, pengemaskinian, pindaan, dan pendokumentasian dan hebahan dasar, akta, peraturan, pekeliling, surat pekeliling, prosedur dan standard berkaitan pengurusan rekod dan pentadbiran arkib yang diguna pakai dan dikuatkuasakan di Arkib Negara Malaysia dan pejabat awam.
- Menjalankan kerja keurusetiaan bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti, MS ISO 9001 di Arkib Negara Malaysia.
- Menjalankan kerja keurusetiaan Mesyuarat Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia dan Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia selaras dengan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
- Menyelaras pertanyaan Persidangan Parlimen Malaysia dan penyediaan Kertas Jemaah Menteri/Nota Jemaah Menteri.
- Merancang, menyelaras, menganalisis dan menyediakan laporan/data pencapaian KPI, Piagam Pelanggan Jabatan dan program/aktiviti Jabatan untuk dilaporkan kepada pemegang taruh (stakeholders).
- Menyelaras dan menguruskan kerja-kerja:
- Adoption piawaian antarabangsa berkaitan pengurusan rekod dan pentadbiran arkib menjadi Standard Malaysia.
- Undian pelbagai draf standard antarabangsa.
- Ulasan umum pelbagai draf Standard Malaysia (MS).