splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

Seksyen Konsultansi dan Latihan

OBJEKTIF SEKSYEN

  • Merancang, mengurus dan melaksanakan latihan/kursus/bengkel dan khidmat nasihat pengurusan rekod  bagi memastikan pejabat awam melaksanakan program pengurusan rekod dengan cekap, teratur dan efisien selaras dengan peruntukan  Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] serta prinsip dan amalan terbaik antarabangsa.
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan Program Kerjasama Teknikal Malaysia meliputi modul pengurusan rekod dan pentadbiran arkib.  

FUNGSI SEKSYEN

  1. Melaksanakan konsultansi dan khidmat nasihat berkaitan pengurusan rekod, pemeliharaan dan pemuliharaan rekod kerajaan kepada penjawat awam.
  2. Menguruskan pengesahan dan pentauliahan Pegawai Rekod Jabatan pejabat awam.
  3. Merancang, menyedia dan melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan penganjuran bengkel dan kursus pengurusan rekod seperti berikut:
      • Kursus Asas Pengurusan Rekod Jabatan
      • Kursus Pegawai Rekod Jabatan
      • Kursus Pembantu Tadbir Rekod Jabatan
      • Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail
      • Bengkel Pembangunan Pelan Tindakan Bencana Rekod
      • Kursus Pemuliharaan Rekod Selepas Bencana
  4. Merancang, menyedia dan melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan penganjuran bengkel dan kursus pentadbiran arkib seperti berikut:
      • Kursus Pemeliharaan Rekod
      • Kursus Pemuliharaan Rekod
      • Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM)
Image