Berita & Pengumuman
Memorial Tunku Abdul Rahman Putra

Memorial Tunku Abdul Rahman Putra telah dibuka dengan rasminya oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada 10 November 1994. Memorial ini diwujudkan sebagai memperingati dan mengenang jasa dan sumbangan bakti Tunku sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957 – 1970). Memorial ini mempamerkan semua warisan berkaitan dengan Tunku yang terdiri daripada pelbagai bahan seperti dokumen, gambar, hadiah, keratan akhbar dan barangan peribadi.
Kesemua bahan yang dipamerkan berdasarkan kepada tema-tema tertentu bagi tujuan memudahkan pelawat mengenali Tunku secara peribadi. Antara tema-tema tersebut ialah Tunku dan Kemerdekaan, Falsafah/Konsep Tunku serta Biografi Tunku. Selain itu, turut dipamerkan ialah Bangunan Pejabat Lama Tunku ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Pelawat juga boleh melihat sendiri Bangunan Residensi yang didiami oleh Tunku dari tahun 1956 sehingga 1970. Bangunan Residensi ini menjadi daya tarikan kepada pelawat kerana bangunan yang berusia lebih 100 tahun ini masih dikekalkan bentuk asalnya serta kedudukan susun atur dalamannya. Terdapat juga pameran di bahagian luar yang menempatkan kereta merdeka dan kereta Cardillac Fleetwood 1959 yang pernah digunakan oleh Tunku. Kemudahan perpustakaan dan kedai cenderamata turut disediakan.a

Kediaman Rasmi YTM Tunku Abdul Rahman Putra/ Bangunan Residensi

Kereta Rasmi Perdana Menteri dan Kereta Merdeka

Meja Mesyuarat Kabinet Pertama

Meja Pengisytiharan Penubuhan Malaysia
WAKTU LAWATAN
Hari | Masa |
---|---|
Selasa - Khamis | 9.00 pagi - 5.00 petang |
Jumaat | 9.00 pagi - 12.00 tengahari 3.00 petang - 5.00 petang |
Sabtu & Ahad | 9.00 pagi - 5.00 petang |
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah) | Tutup |
Masuk adalah PERCUMA | |
Jalan Dato Onn, 50480 KUALA LUMPUR. | |
No. Tel : 03-26947277 No. Faks : 03-26947187 |