Berita & Pengumuman
Pustaka Peringatan P. Ramlee

Pustaka Peringatan P. Ramlee telah dibuka dengan rasminya pada 22 Mac 1986. Penubuhan pustaka ini adalah untuk mengenang jasa dan sumbangan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee terhadap dunia seni tanah air serta menggalakkan kajian dan penyelidikan dalam aspek seni dan budaya negara.
Bangunan Pustaka Peringatan P. Ramlee ini pada asalnya ialah bekas rumah kediaman beliau. Sesuai dengan taraf sebagai Seniman Agung, rumah ini telah diubah suai dan dijadikan pustaka yang mempamerkan bahan-bahan dan maklumat mengenai Tan Sri P. Ramlee yang sememangnya sinonim dengan perkembangan seni muzik dan perfileman tanah air pada era 50-an. Malah filem-filem dan lagu-lagu beliau masih lagi diminati ramai sehingga kini.
Bahan-bahan yang dipamerkan di pustaka ini adalah berdasarkan kepada tema-tema tertentu bagi memudahkan pelawat mengenali Tan Sri P. Ramlee secara peribadi. Antara tema-tema tersebut ialah biografi, perjalanan kerjaya, dunia filem, anugerah, Seniman Agung Negara dan juga pameran Biduanita Negara Puan Sri Saloma. Dipamerkan juga suasana penggambaran filem Penarik Beca bersama peralatan asal membuat filem dan diorama penggambaran filem Pendekar Bujang Lapok dengan replika pelakon. Selain daripada itu, terdapat juga baju-baju Tan Sri P. Ramlee dan biduanita Saloma juga dipamerkan.
Bagi merasai nostalgia era seni dahulu, pelawat boleh bergambar dengan berpakaian biduanita Saloma untuk dijadikan tanda kenangan pernah berkunjung ke pustaka ini

Biografi

Perjalanan Kerjaya

Lakon layar dan pengarahan filem

Anugerah
WAKTU LAWATAN
Hari | Masa |
---|---|
Selasa - Khamis | 9.00 pagi - 5.00 petang |
Jumaat | 9.00 pagi - 12.00 tengahari 3.00 petang - 5.00 petang |
Sabtu & Ahad | 9.00 pagi - 5.00 petang |
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah) | Tutup |
Masuk adalah PERCUMA | |
No. 22, Jalan Dedap, Taman P.Ramlee, Setapak, 53100 KUALA LUMPUR. | |
No. Tel : 03-40231131 No. Faks : 03-40248632 |