Berita & Pengumuman
Rumah Kelahiran P. Ramlee

LATAR BELAKANG
Rumah Kelahiran P. Ramlee yang terletak di No. 4A, Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang adalah merupakan tempat kelahiran Allahyarham. Rumah ini telah dibina pada tahun 1926 oleh bapa P. Ramlee bersama-sama dengan bapa saudaranya Rejab bin Husin. Rumah ini telah dibaiki semula oleh bapa saudaranya semasa zaman pendudukan Jepun. Walaupun telah dibaiki rumah ini masih lagi dalam bentuk yang asal.
PAMERAN
Skop Pameran terbahagi kepada dua (2) bahagian utama, iaitu menunjukkan ‘living areas' semasa Allahyarham menduduki rumah tersebut dan riwayat hidup Allahyarham semasa di Pulau Pinang. Pameran adalah meliputi koleksi asal bahan-bahan Allahyarham semasa di Pulau Pinang dan pusaka – pusaka peninggalan keluarga Allahyarham. Pameran ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Dalam dan Bahagian Luaran.
Bahagian Dalam
Bahagian Dalam terbahagi kepada:-
- Pengenalan P. Ramlee
- Ruangan Seni dan Sukan
- Bilik Tidur
- Ruang Dapur
Bahagian Luar
Selain dipamerkan basikal sezaman yang digemari oleh Allahyarham, pokok-pokok asal juga dikekalkan. Pelawat-pelawat juga dapat melihat keindahan kawasan halaman yang ditanam dengan bunga-bunga indah.
BAHAN
1. Peti Besi

Peti besi yang telah digunakan oleh P.Ramlee dan keluarganya untuk menyimpan pakaian.
2. Bilik Tidur P.Ramlee

3. Antara Koleksi Pakaian Harian P.Ramlee



WAKTU LAWATAN
Hari | Masa |
---|---|
Selasa - Khamis | 9.00 pagi - 5.00 petang |
Jumaat | 9.00 pagi - 12.00 tengahari 3.00 petang - 5.00 petang |
Sabtu & Ahad | 9.00 pagi - 5.00 petang |
Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah) | Tutup |
Masuk adalah PERCUMA | |
Rumah Kelahiran P. Ramlee, Lot 2180, Jalan P. Ramlee, 10460 PULAU PINANG. | |
No. Tel : 04-2817484 |