splask

Rumah Merdeka

Image
Pameran Rumah Merdeka juga dilengkapkan lagi dengan pemasangan audio-visual yang memberi lebih informasi kepada pelawat.


Pada asalnya, tapak rumah ini pernah dimiliki oleh Che Manjalara, bonda YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang dimasyurkan sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia. Tanah ini kemudiannya dihadiahkan kepada Tunku. Semasa Pendudukan Jepun iaitu pada tahun 1942 Tunku telah membina sebuah rumah papan di atas tanah ini. Rumah papan ini dikenali sebagai Rumah Jalan Baru. Pada tahun 1953, Tunku telah menyediakan satu tapak baru untuk kediaman beliau di mana Tunku telah mengangkat Rumah Papan yang dikenali sebagai Rumah Jalan Baru berkenaan menjadi tingkat atas rumah baru tersebut.


Pada tahun 1954, rumah ini telah dinamakan sebagai Rumah Merdeka oleh Tunku atas nasihat sahabat – sahabatnya seperti En Senu Abdul Rahman, En Mohd. Khir Johari dan Tan Cheng Lock. Kos membina Rumah Merdeka ini dianggar sebanyak RM 20,000. Pada Pilihanraya Umum 1955, 1959, 1964 dan 1969, rumah ini menjadi tempat untuk Tunku merancang starategi politik. Selain itu Tunku banyak menghabiskan masa lapangnya untuk melakukan aktiviti penulisannya. Antaranya Tunku telah menyiapkan skrip filem Raja Bersiong dan Mahsuri.


Pada 27 Mei 1966, "Misi Muhibbah" dari Jakarta yang terdiri dari 20 orang pegawai tentera diketuai oleh Laksamana Muda Laut O.B Sjaaf telah berunding dengan Tunku di rumah ini mengenai isu Konfrontasi. Usaha penamatan Konfrontasi Malaysia - Indonesia pada 7 Jun 1966 di mana Malaysia diwakili oleh Tun Razak Hussein dan Indonesia Adam Malik.

BAHAN

Image
Ruang ini pernah menyaksikan peristiwa bersejarah seperti rundingan awal untuk penamatan Konfrontasi Malaysia-Indonesia.
Image

Ruang makan yang terdapat di Rumah Merdeka ini merupakan satu-satunya bilik yang mempunyai penghawa dingin. Ruang ini dikenali sebagai Bilik Sejuk.

Image

Koleksi kamera Tunku Abdul Rahman (Camera Canon, Camera Leica, Camera Yashika Flex, Land Cameran Auto dan Filem Polaroid):Bahan Pameran.

Image
Koleksi peribadi minyak wangi dan krim rambut kegemaran Tunku Abdul Rahman dalam pelbagai jenama: Bahan Pameran.

WAKTU LAWATAN

Hari
Masa
Selasa - Khamis
10.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat
10.00 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 5.30 petang
Sabtu & Ahad
10.00 pagi - 5.30 petang
Isnin
(kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah)
Tutup
Masuk adalah PERCUMA
Jalan Putra,
05150 Alor Setar,
KEDAH DARUL AMAN
Image